Sam'iyat ialah perkara ghaib yang hanya boleh diketahui melalui Al-quran dan As-sunnah. Kita tidak boleh melihatnya melalui pancaindera, sebaliknya kita wajib mempercayai perkara-perkara tersebut.
Orang yang tidak mempercayainya boleh dihukum kafir atau tidak beriman.
Contoh perkara sam'iyat ialah: pahala, dosa, alam kubur, mahsyar,syurga, neraka, malaikat, jin, mizan, sirot dan lain-lain lagi.